Wednesday, November 30, 2011


SEMBAHYANG fardhu

“Hari ini aku sempurnakan agama kamu dan aku cukupkan nikmatku dan redhalah aku, agama islam itu untuk kamu anut”.
                                                                                                (AL-MAIDAH:3)

Selawat dan Salam keatas Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, Nabi dan Rasul terakhir yg tiada Rasul dan Nabi angkatan baru sesudahnya. Rasul yang dipanggil menghadap ke tempat Yang Maha Tinggi oleh ALLAH S.W.T, menyampaikan perintah Sembahyang Fardhu yang lima dan Bagindalah yang memberi tuntutan cara bagaimana menegakkan Sembahyang yang telah di perintahkan itu. Solat-solat yang digalakkan Baginda perlu diamalkan untuk menambah AMAL BAKTI KITA SEBELUM MATI. Kita mohon agar keselamatan dan kesejahteraan dicurahkan kepada keluarga para Nabi dan para sahabat Baginda yang cukup patuh dan taat melaksanakan perintah solat Fardhu.

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah kamu dari perbuatan kejahatan dan kemungkaran, dan sesungguhnya mengingati ALLAH itu amat berat”
                                                           (AL’Ankabut 20)   

INILAH KELUARGAKU...



INILAH KELUARGAKU....

SURAT KHAS UNTUK UMAT ISLAM
Wahai hamba-hamba Allah....tak cukup lagikah apa yg Dia telah kurniakan kepada kamu yang mana, kamu nampaknya kurang berterima kasih (bersyukur) dgn pemberianNya itu.....

Sedangkan Dia telah kurniakan pahala yg berganda untuk kamu kerana kamu umat NabiNya yang istimewa (Muhammad S.A.W) yang mana Dia tak berikannya kepada umat-umat yang lain sebelumnya di mana satu kebaikan yang kamu buat akan digandakan sebanyak 10 kali ganda bahkan Dia akan menambahkan lebih daripada itu lagi (sehingga 700 kali atau lebih) walhal, segala nikmat yang kamu guna itu tidak datang kecuali daripada Dia namun semua itu Dia tidak pernah berkira dengan kamu kerana itu sifat Dia.
Namun,kamu nampaknya masih lagi kurang berminat lagi dengan tawaran itu tak mengapalah nanti Dia sediakan bahagian yang lain pula untuk kamu takkala kamu melakukan kesalahan (dan dosa) terhadap Dia....

Dia amat suka sekiranya kamu kembali kepadaNya dan mohon maaf dan bertaubat... tak cukup lagikah masa yang Dia luangkan semata-mata untuk kamu siang dan malam (24 jam) tetap menungggu dan mengalu-alukan siapakah dikalangan kamu ini yang ingin bertaubat kepada Dia,diatas dosa-dosa kamu yang lepas namun kamu nampaknya masih belum berminat lagi dengan tawaran tersebut mungkin kamu sibuk agaknya,lataran dilihat tiada reaksi terhadapNya tak mengapalah,Dia akan lanjutkan lagi tempoh untuk kamu bertaubat sehingga matahari naik sebelah barat (kiamat) atau sehingga nyawa kamu naik ke halkum (sakaratul maut) sedangkan umat yang terdahulu Dia  tak beri tempoh yang amat panjang untuk mereka ada yang terus diazab menjadi kera,bahkan ada juga yang diterbalikkan bumi, malah ada yang dipanah dengan hujan petir  dan batu serta macam-macam azab lagi namun,demi kasihnya untuk kamu Dia masih menunggu saat kamu bertaubat
Agar Dia dapat membersihkan noda kesalahan dan dosa-dosa kamu itu sebelum roh kamu terpisah daripada jasadmu buat selama-lamanya.Dia berbuat demikian kerana Dia maha penyayang terhadap kamu semua.

Tapi, nampaknya kamu masih sibuk dan banyak urusan dengan duniamu agaknya ataupun masih segan (malu) bertemu dengan Dia untuk memohon kemaafan lantaran tiadanya sebarang perubahan didalam dirimu itu untuk bertaubat tak mengapalah, Dia permudahkan lagi taubat untuk kamu umat Nabi S.A.W tidak seperti umat Nabi Musa a.s dan mereka yang terdahulu diisyaratkan bunuh diri sendiri sekirannya ingin bertaubat tapi untuk kamu, ia amat istimewa iaitu dipermudahkan dan tak perlu berbuat demikian, memadailah dengan menjauhi maksiat yang kamu buat dan menyesal serta berazam tidak akan mengulanginya lagi.Segala-galanya adalah demi kasihNya Maha Penyayang untuk kamu sekalian.

Mungkin kamu agaknya telah sedar sekarang, tapi masih belum bersedia bertaubat tak mengapalah nanti Dia akan sediakan cara yang lain pula.Dia akan sediakan untuk kamu dengan pelepasan dan penghapusan dosa melalui siri-siri ujian dan taklifan  (tanggungjawab) kepada kamu walaupun kamu tidak pernah meminta daripadaNya (untuk membersihkan dosa) lantaran kealpaan dan kesibukkan kamu dengan dunia kamu yang macam-macam atau jahilnya kamu tentang kasihNya yang Maha Penyayang justeru hendaklah kamu ketahui bahawa Dia berbuat semua itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kamu, kerana itu sifat Dia yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih untuk makhlukNya adalah tak penting kepadaNya sama ada kamu mengerti ataupun tidak tentang semua itu sama ada kamu kenang ataupun tidak akan nikmatNya itu.....

Atau langsung tidak berterima kasih (bersyukur) atasNya namun, Dia tetap menujukkan sikapNya itu (Maha Penyayang) kepada kamu kerana Dia Tuhan kamu .......

Dengan nikmat mata (melihat), telinga(mendengar) dan mata hati (akal) sepatutNya kamu sudah mampu mengerti....siapa Dia dan siapa kamu????? Bahkan kamu sepatutNya laksanakan tugasmu sebagai hambaNya.....dengan hanya mentaatiNya dan melakukan sesuatu yang diredhaiNya tapi kamu tetap juga memilih maksiat (jalan yang salah).Dia Maha Berkuasa menarik balik nikmat-nikmat kurniaNya itu atau mengazab kan kamu........

Dia tetap Maha Penyayang,Dia biarkan dulu...dan tidak berkira dengan kamu didunia ini.....mudah-mudahan kamu akan menyesal (taubat) dan pulang ke pangkal jalan suatu masa nanti namun,kamu rupaNya masih tidak peduli dan leka dengan duniamu itu.......tak mengapalah....mungkin ada masaNya nanti kamu memerlukan Dia.....Dia tanpa jemu tetap menunggu kamu bila-bila masa saja untuk kembali kepadaNya dengan bertaubat dan mematuhiNya kerana Dia Maha Penyayang waluapun kamu tidak mempedulikanNya...
                                                                                                                                                                                                                                                                                     
Namun ...disebalik ranjau kehidupan kamu yang berliku itu.......susah dan senang maka datanglah kamu kepadaNya lataran kesusahan yang kamu hadapi itu......
Dengan menangis dan menyesal di atas dosa kamu .......
Apa yang penting!......kamu boleh mengerti bahawa Dialah Tuhan yang tidak pernah sesekali membenci akan kamu dan tidak pernah sesekali berputus asa menunggu taubat .... sekalipun, kamu terlalu jarang mengingatiNya apatah lagi untuk mengenang dan menghargai budi(nikmat) dan juga jasa(rahmat)Dia kepada kamu semasa kamu senang dahulu.....ingatlah!!! Dialah Allah Yang Maha Penyayang justeru, pintu  taubat sentiasa dibuka untuk kamu semua seluas-luasnya......

Tak cukup lagi itu,untuk kamu mengenali siapa Dia? Sekiranya kamu sedar...maka dengan air mata keinsafan kamu yang berguguran itu....amatlah Dia hargai penyesalan kamu itu...

Jangan risau....kelak nanti Dia akan simpannya(sebagai ganjaran)dan tebuskannya dengan benteng kepanasan di mahsyar nanti yang mana kamu akan digolongkan dalam tujuh golongan...sebagai mereka yang akan berada di bawah naungan arasyNya bahagia dan beruntungnya kamu tatkala itu...
Orang lain kepanasan...kamu bersenang-lenang di situ... masih tak berbaloikah perhargaan Dia ini untuk kamu?
Janganlah kamu risau,Dia tidak pernah berbohong atau mungkir janji....
Kalau kamu masih lagi terasa ralat(berat hati)untuk mendekatiNya...
Yakinlah...pasti Dia akan kotakan janjiNya itu. Setiap kesakitan,kepayahan dan penderitaan... yang kamu lalui dan rasai(di dunia ini)...Dia tidak akan biarkan ia berlalu begitu sahaja...melainkan Dia hapuskan dosa-dosa yang lepas...

Melalui apa-apa kesakitan dan penderitaan yang kamu alami itu...Dia sekali-kali tidak peduli sama ada kamu bersabar atau tidak...penyakit(ujian) itu disebabkan kecuaian secara sengaja ataupun tidak...Dia hanya peduli untuk menhapuskan dosa-dosa kamu terhadapnya dan meningkatkan darjat kamu disisiNya melalui ujian tersebut agar mudah-mudahan dengan bersihnya kamu daripada dosa-dosa tersebut walaupun kamu tidak pernah meminta daripadaNya agar dihapuskan dosa-dosanya itu.yakinlah bahawa Dia Yang Maha Esa dan Tahu apa yang Dia buat kerana dia Maha tahu semua itu adalah baik untuk dunia dan akhirat kamu...

Dia Maha Penyayang dan Maha Pengasih terhadap hambaNya sekalipun hamba-hambaNya tidak pernah membuktikan kasih mereka kepadaNya...
Dia tetap tuhan kamu yang maha penyanyang dan pengasih.Sekiranya kamu juga masih belum mengerti akan kasih sayangNya,lantaran masih belum ada tanda untuk kamu kembali kepadaNya.
Tak mengapalah, dia sebenarNya belum lagi masih sudi menazabkan kamu,mungkin...!!! sukarnya kamu untuk mengenali siapa
Dia...
Dia sekali-kali tidak terburu-buru menghukum kamu,apatah lagi untuk menghantar kamu ke neraka kerana kasihNya melebihi murkaNya...Dia serahkan urusan kamu kepada kekasihNya yang paling dikasihiNya,iaitu (Muhammad S.A.W) yang juga rasul kamu agar Baginda menjadikan syafaat yang Dia kurniakan sebagai pertolongan untuk menyelamatkan kamu dari azab yang pedih disaat orang lain tidak mampu memberi sedikitpun bantuan padamu......

Janganlah kamu khuatir kerana Dia juga teramat sayang kepada kamu.Dia akan tunggu kamu di titian sirat,dia tidak berputus-putus untuk berdoa supaya kamu melaluiNya dengan jayaNya...
Rasul kamu juga akan menunggu kamu di timbangan AL-MIZAN (timbangan amal)semoga dengan adaNya Baginda SAW disitu,seolah-olah timbangan akan marasa malu untuk menberatkan kamu yang timbangan yang buruk(dosa)itu kerana Baginda amat terkenal dikalagan segala mahkluk di akhirat...

Ia akan usahakan untuk kamu sehingga masuk ke syurga kerana baginda juga seperti Dia... amat sayang akan kamu dengan izin Dia...Baginda SAW dengan syafaatnya akan berusaha mengeluarkan semua ahli neraka.maka,amat beruntunglah kamu dan betapa bertuahnya kamu...
Kerana ia merupakan ikhtiar terakhir terhadap penhuni-penhuni neraka untuk dipindah ke syurga...bahagialah kamu didalam syurga buat selama-lamanya. Ketahuilah inilah rahmat Dia buat kamu semua dan ehsan rasul kamu buat umatnya yang tercinta.

Oleh itu, luangkanlah masa untuk Dia....walaupun Cuma berfikir , bertahmit dan beramal untukNya....
KERANA DIA TIDAK PERNAH MELUPAI KAMU ....
KERANA DIA YANG MAHA PENYAYANG LAGI MENGASIHANI....ALLAH..

Sebarang kekhilafan,kelemahan dan kekurangan dalam penulisan saya,saya mohon maaf dan segala yang baik dalam diri saya adalah dari Allah semuanya..terima kasih sudi membaca penulisan saya yang tidak berapa bagus untuk dibaca..dari saya kepada sahabat-sahabat sekalian.. wassalam..