a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti
ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu.
Sebab itu orang pendendam
mudah kena sakit jantung.
c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orangyang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.
Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak
kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetapi
tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat!
Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki
kita (mungkin ada hak orang lain di situ).
Biarlah rezeki itu sedikit
tetapi mendapat keberkatan
iaitu dapat dimanfaatkan.
f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
Pasal semua orang ada egonya sendiri,
cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon-lakon
di depan orang. Jika ia dipuji,
ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat
susah pula menjaganya.
Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada
harta itu(bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh
atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas'
akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.
Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
No comments:
Post a Comment