Thursday, July 5, 2012

Friday, June 29, 2012

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

VIDEO INI ANA TUJUKAN BUAT SAHABAT ANA YANG SEDANG DALAM KESEDIHAN..LA TAHZAN YA SABHI!!!

Sunday, May 6, 2012

BELAJAR ADALAH IBADAH

Di dalam surah Adz-dzariyaat, ayat 56 Allah s.w.t. telah menegaskan iaitu:

Maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Ayat di atas menerangkan bahawa apa sahaja yang dilakukan selain daripada berniat ibadah kerana Allah taala adalah sia-sia dan tidak mendapat sebarang ganjaran dan rahmat daripada Allah s.w.t. Indahnya Islam itu sehinggakan setiap apa yang kita lakukan sama ada bercakap, mendengar, melihat, berjalan, makan, minum, belajar,  berfikir dan sebagainya itu dapat dijadikan sebagai ibadah selagi kita berniat melakukannya kerana Allah taala.
Persoalannya, bagaimanakah kita ingin menjadikan belajar itu sebagai ibadah??? Perkara penting dalam menjadikan belajar sebagai satu ibadah adalah:

  • ·     Niat ikhlas kerana Allah taala
  • ·     Tidak melalaikan
  • ·     Tiada unsur maksiat
  • ·     Melakukan yang terbaik!!!



IKHLASKAN HATI UNTUK BELAJAR
KERANA ALLAH S.W.T.

Tidak sama mereka yang menuntut ilmu kerana Allah taala dengan mereka yang menuntut ilmu hanya kerana ingin mendapat ganjaran, darjat dan pujian daripada makhluk (manusia). Mereka yang belajar kerana Allah taala faham hakikat sebenar menuntut ilmu dan tidak memerlukan sebarang peringatan untuk mengulangkaji palajaran. Ibu suruh kita buat, ibu tidak suruh kita mesti buat. Ayah marah kita belajar, ayah tidak marah kita kena belajar. Semua ini kerana kita melakukannya kerana mengharap rahmat daripada Allah dan niat beribadat kepadaNya. Berbeza pula dengan orang yang belajar kerana mengharapkan pujian, ganjaran dan anugerah daripada manusia. Mereka tidak ubah “Seperti Pahat Dengan Penukul”. Jika tiada yang marah atau menjanjikan ganjaran, mereka tidak akan melakukannya.
Sikap malas dalam menuntut ilmu itu menjadi lebih parah kerana ditunggangi oleh iblis dan syaitan laknatullah. Sememangnya iblis dan syaitan itu sentiasa tidak mahu menjadikan orang Islam itu berilmu supaya mudah disesatkan. Malah iblis sendiri pernah berikrar kepada Allah s.w.t. ketika dia dihalau keluar dari syurga “Aku Akan Menyesatkan Anak Cucu Adam Sehingga Hari Kiamat”. Pelbagai cara dilakukan iblis bagi menyesatkan manusia. Orang kaya disesatkan dengan hartanya. Orang miskin disesatkan dengan kepapaannya. Orang beribadah disesatkan dengan amalannya dan orang berilmu disesatkan dengan pengetahuannya. Hanya satu golongan sahaja yang terselamat daripada iblis dan syaitan ini. Mereka adalah golongan yang ikhlas.
Sifat ikhlas juga membolehkan petunjuk dan hidayah daripada Allah sampai ke hati. Mereka yang ikhlas menuntut ilmu sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan mendapat keberkatan ilmu. Hati menjadi terang, minda menjadi tenang dan mudah memahami apa yang dibaca dan diajarkan. Ia memudahkan jalan apabila berhadapan dengan peperiksaan.



TIDAK MELALAIKAN

Apabila melakukan urusan seharian janganlah sampai melanggar batasan syariat. Islam membahagikan ibadah kepada dua kategori iaitu ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Manakala ibadah kedua pula adalah ibadah umum seperti makan, tidur , riadah, belajar, bekerja dan sebagainya. Jangan pula kita melakukan ibadah umum sehingga melalaikan ibadah khusus. Misalnya, belajar dari pukul tiga petang hingga tujuh petang sehingga terlupa ataupun melambatkan solat asar. Bagi mendapat keberkatan dalam setiap ibadah umum, ibadah khusus haruslah diberi keutamaan.
Salah satu sebab kenapa orang Islam gagal cemerlang adalah kerana kita tidak cukup faham dan menghayati apa yang dikatakan hidup itu adalah ibadah. Setiap usaha kita seperti belajar akan lebih diberkati jika kita sentiasa menunaikan ibadah-ibadah wajib seperti solah dan puasa. Malah lebih elok lagi jika diperbanyakkan solat-solat sunat. Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-quran:


Ertinya: Dan pada sebahagian malam hari solat tahajjudlah (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu, mudah-mudahan tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
( Al-isra’: 79 )


Maknanya, kalau kita mahu Berjaya di dunia ini, solat mesti diutamakan. Begitu mengecewakan apabila 80 peratus pelajar sekolah tidak cukup lima waktu sehari. Sedangkan solat itu tiang agama dan doa itu senjata orang mukmin. Bagaimana doa dapat dimakbulkan apabila tidak solat? Bagaimana Allah mahu melayan permintaan kita sedangkan kita tidak tunduk dan patuh dengan perintahNya? Bagaimana hati kita mahu tenang berhadapan dengan pelajaran apabila kita tidak mensyukuri nikmatNya dengan mendirikan solat?
Syarat pertama bagi menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat ialah dengan mendirikan solat. Sayangilah Islam dan carilah ilmu kerana mahu memartabatkan Agama suci kita Islam.




JANGAN SESEKALI MENDEKATI  MAKSIAT DAN PERKARA MUNGKAR SEMASA BELAJAR BERKUMPULAN


Maksiat menghitamkan hati dan membuat hidup kita jauh daripada rahmat Allah. Orang yang hidup bergelumang dengan maksiat sentiasa berada dalam keadaan resah gelisah, tertekan, rungsing dan berserabut. Keadaan sebegini pastinya tidak membantu pelajar apabila mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kesannya, belajar lambat faham, cepat lupa, usaha tiada keberkatan dan jiwa sentiasa resah. Apabila dikaji secara mendalam kes-kes maksiat yang berlaku di kalangan pelajar sekolah hari ini adalah begitu membimbangkan.
Pelajar-pelajar ini telah menyalahgunakan kesempatan waktu belajar secara berkumpulan dengan perkara yang sia-sia. Belajar secara berkumpulan sebenarnya merupakan salah satu aktiviti belajar yang dapat membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Sayangnya, tujuan belajar berkumpulan ini kerap melencong daripada tujuan yang sebenar, tidak produktif dan hanya menyebabkan kemurkaan Allah. Hal ini demikian kerana aktiviti belajar secara berkumpulan telah dicemari dengan perkara-perkara mungkar seperti “berdating”. Bagaimanakah ilmu yang dipelajari hendak mudah difahami jika semasa menuntut ilmu kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah? Adakah aktiviti belajar berkumpulan yang kita lakukan itu akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t.?
Selain itu, mereka yang terlibat dengan aktiviti belajar berkumpulan sebaiknya janganlah memakai pakaian yang boleh menjolok mata mereka yang melihatnya kerana kajian yang dibuat oleh salah seorang saintis daripada Rusia telah mengesahkan nafsu seorang lelaki lebih terangsang melalui penglihatannya. Oleh itu pelajar perempuan yang menyertai aktiviti belajar secara berkumpulan diharapkan dapat memakai pakaian yang sopan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Yang paling penting adalah aktiviti belajar secara berkumpulan ini seeloknya dilakukan di tempat yang terbuka agar dapat mengelakkan daripada berlaku fitnah.



LAKUKAN YANG TERBAIK!!!

Soal mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan ataupun tidak adalah soal kedua. Apa yang penting berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik. Kerana Allah berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya “Tidak akan Aku ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka benar-benar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib mereka sendiri.”
Pasti ramai yang bersetuju anda belum melakukan yang terbaik dan masih banyak ruang untuk memperbaiki diri. Inilah masalah kebanyakan pelajar. Apabila ditanya tentang cita-cita selepas dewasa kelak, semuanya mempunyai cita-cita yang tinggi. Seperti hendak menjadi doktor, jurutera, peguan, arkitek, pensyarah dan sebagainya. Ironinya, yang dapat nombor satu dalam kelas hendak menjadi doctor, begitulah juga mereka yang mendapat tempat ke-40. Pelajar yang mendapat ‘A’ dalam semua subjek hendak menjadi jurutera, begitulah juga mereka yang mendapat gagal dalam semua subjek.
Kenapa begini? Ini kerana naluri manusia itu sentiasa mahukan kesempurnaan dan yang terbaik. Persoalannya kenapa tidak lakukan yang terbaik juga? Mengapa mereka yang gagal ini tidak pernah sedar akan hakikat diri mereka? Jika mereka hendak menjadi doktor atau jurutera sama seperti pelajar yang cemerlang, mereka sepatutnya melebihkan usaha mereka. Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam Al-Quran surah An-Najm ayat 39 yang bermaksud, “Dan tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”
Dalam mengejar kejayaan dalam pelajaran anda perlu lakukan yang terbaik. soal mendapat nombor satu ataupun tidak, semua ‘A’ ke tidak, ke universiti ataupun tidak, adalah soal kedua. Paling penting anda perlu lakukan yang terbaik, empat perkara penting yang perlu anda ingat dalam belajar adalah:
·     Usaha untuk melakukan yang terbaik
·     Tawakkal iaitu hak kita adalah untuk usaha dan hak Allah menentukan segalanya
·     Berdoa supaya setiap apa yang dilakukan memberi hasil yang memuaskan, mendapat rahmat daripada Allah dan diberkati jua olehNya
·     Redha dan pasrah iaitu menerima apa sahaja hasilnya dengan hati yang terbuka

      Dalam berusaha tidak ada erti penyesalan. Kita menyesal apabila kita melakukan dosa ataupun kesalahan. Tetapi penyesalan tidak sepatutnya wujud dalam berusaha. Tetapi kenapa masih ada pelajar yang mengeluh kesal? Kerap kali apabila keputusan peperiksaan diumumkan kita mendengar suara-suara keluhan pelajar yang tidak berpuas hati dengan hasil yang diperoleh. Pasti ada yang berkata “Ish, kalaulah aku belajar lebih rajin, pasti aku mendapat keputusan yang lebih cemerlang.” Keluhan sebegini menunjukkan seseorang itu belum melakukan yang terbaik dalam pembelajarannya lalu menyesal. Penyesalan berlaku kerana dia tidak melakukan yang terbaik dan dia tahu dia sepatutnya mendapat hasil yang lebih baik. Namun, Pepatah melayu ada mengatakan “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya.” Apabila kita melakukan yang terbaik pastinya kita redha dengan apa jua yang telah ditentukan oleh Allah dan pastinya kita tidak akan menyesal dengan usaha kita lalu berkata “Alhamdulillah, inilah hasil daripada usaha aku selama ini dan aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.”
Berusaha keras semata-mata bukanlah bermakna anda melakukan yang terbaik. Sebaliknya anda perlu tahu pelbagai persedian psikologi, strategi dan teknik belajar bagi memastikan usaha keras dan kesungguhan itu memberikan pulangan yang setimpal. Mugkin anda pernah mendengar mereka yang belajar hingga lewat malam dan awal pagi tetapi mendapat hasil yang biasa-biasa sahaja. Ataupun mereka yang rajin ke sekolah dan tuisyen serta menyiapkan semua kerja sekolah tetapi tetap mendapat keputusan yang tidak seberapa. Kenapa begini keadaannya sedangkan mereka sudah berusaha? Ini kerana usaha keras tanpa ilmu hanya akan memberikan hasil yang biasa-biasa sahaja.  



Wednesday, May 2, 2012

Maula Ya Salli Wa Sallim

Assalamualaikum w.b.t..kepada pembaca2 blog ana...ana mntak maaf sgt2 krn lama xpost dlm blog ni...ana bz ckit skarang...tp ana akn cuba la cari masa terluang untuk terus post dlm blog ni...hayati la 2 zikir yang ana post arini..wassalam

قصيدة البرده - المغرب Al-Burdah

Wednesday, April 11, 2012

Hadith tentang Ilmu..



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ. (مسلم وأبو داود والترمذي)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah Al-Qur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya".(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
(1) - Galakan memberi pertolongan.
Tiap-tiap orang dalam alam kehidupan dunia ini sudah tentu mempunyai hajat-hajat dan kemahuan untuk mendapat manfaat dan mengelakkan mudarat, sedang hajat-hajat dan kemahuan itu sebahagian besarnya tidak dapat dicapai melainkan dengan jalan bantu membantu dan tolong menolong antara satu dengan yang lain.
Keadaan yang demikian, tidak terlepas daripadanya seseorang pun, walau pun ia dari golongan yang senang lenang atau yang mempunyai kuasa. Oleh itu maka hidup secara bermasyarakat adalah suatu tabiat semula jadi umat manusia.
Maksud hadis ini di antara lain menerangkan bahawa: Memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya sama ada pertolongan itu kecil atau besar, amatlah baik kesudahannya kerana ia bukan sahaja akan mendapat pertolongan dan orang lain kelak, bahkan Allah Aza wa Jalla tetap memberikan pertolongan yang sejenis dengan perbuatannya yang baik itu - bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Maka alangkah bahagianya orang yang mendapat pertolongan dari Allah (S.W.T.) pada hari yang tidak ada sesiapa pun dapat memberikan sebarang pertolongan?
Di antara pertolongan yang sangat-sangat digalakkan ialah:
Pertama - Menolong meringankan penderitaan dan memberi nafas baru kepada mana-mana orang mukmin yang menanggung sesuatu kesusahan yang menyesakkannya dan soal-soal hidup dalam alam dunia ini.
Sebenarnya pertolongan itu tidak terhad kepada orang-orang mukmin sahaja bahkan umum kepada tiap-tiap seorang manusia yang tidak memusuhi Islam dan juga kepada tiap-tiap haiwan yang lain dan binatang-binatang yang dibenarkan atau disuruh oleh agama membunuhnya.
Kedua - Menolong memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang mengalami kepayahan, yang dituntut oleh Islam menolongnya.
Misalnya: Orang yang menanggung hutang sedang ia tidak dapat membayarnya pada masa yang ditetapkan, maka orang yang demikian keadaannya dikehendaki menolongnya dengan jalan dibebaskan dari semua atau dari sebahagian hutang yang ditanggungnya atau pun diberi tempoh yang lain untuk memudahkan ia membayarnya.
Atau seseorang Islam yang sedang mengalami susah payah dalam sesuatu masalah agama, maka dikehendaki menolongnya dengan satu fatwa yang melepaskannya dan kesusahannya itu sekalipun fatwa itu tidak berdasarkan mazhab yang biasa diamalkannya.
Ketiga - Menolong menutup kesalahan atau keaipan orang Islam.
Menurut beberapa buah hadis, bahawa sesiapa yang mendedahkan keaipan saudaranya, nescaya Allah akan mendedahkan keaipannya sekalipun di rumahnya sendiri.
Sayugia disebut, manusia itu dua jenis:
(a) - Orang yang tidak terkenal melakukan sesuatu maksiat, maka orang yang demikian, kalaulah ia terlanjur melakukan sesuatu perkara yang buruk, maka dialah orang yang dikehendaki diberi pertolongan menutup keburukan atau keaipan yang dilakukannya dan tidak harus didedahkan atau diperkatakan, kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan mengumpat yang nyata haramnya.
(b) - Orang yang terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat, yang tidak menghiraukan apa yang dilakukannya dan tidak pula mengambil indah kepada apa yang dikatakan kepadanya maka orang yang demikan keadaannya dituntut membongkar kesalahannya supaya ia menerima hukuman.
Pertolongan menutup kesalahan dan keaipan seseorang Islam itu adalah dengan beberapa syarat:
Pertama - kesalahan yang dilakukan itu berhubung dengan hak Allah Taala.
Kedua - kesalahan itu dilakukan pada masa yang lalu.
Ketiga - kesalahan itu dilakukan oleh orang yang tidak terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat.
Keempat - orang itu tidak menjadi saksi atau rawi hadis atau pemegang amanah dan lain-lainnya dan orang-orang yang semestinya bersifat adil dan amanah.
Kesimpulannya: Orang yang memberikan pertolongan yang tersebut, tetap beroleh pertolongan Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya.

(2) - Balasan usaha menuntut ilmu:
Oleh kerana jalan-jalan dan cara bagi mencapai ilmu agama itu banyak, yang menghendaki seseorang penuntut berusaha dengan bersungguh-sungguh membanyakkan membaca, menulisnya, menghafaznya dan mengkaji serta saling ingat-mengingati sesama penuntut, maka Rasulullah s.a.w. memberi jaminan kepada orang yang menjalankan usaha itu, bahawa Allah Taala akan memudahkan baginya segala jalan yang menyampaikannya ke Syurga.

(3) Kelebihan berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya:
Berhimpun atau berjemaah dalam mengerjakan sesuatu amal ibadat, sangat-sangat digalakkan oleh Islam; di antaranya berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya, kerana Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya berbuat demikian dengan menyatakan bahawa mereka diberi perasaan ketenangan hati, dicucuri rahmat dalam segenap keadaan, dilingkungi oleh malaikat-malaikat berkat dan puji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya.
Keadaan yang demikian sangat-sangat dituntut untuk memimpin seseorang ke jalan mencapai keselamatan di dunia dan di akhirat, kerana sebahagian besar dari kacau bilau dan perbuatan maksiat adalah akibat dari dorongan jiwanya yang tidak ada perasaan ketenangan dan tidak dicucuri oleh rahmat Allah; dan sebaliknya perbuatan-perbuatan baik yang menatijahkan keselamatan adalah dari jiwa yang bersih dan tenang serta mendapat cucuran rahmat Allah `Aza wa Jalla.
Empat kelebihan yang diberikan kepada orang-orang yang berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya itu diberikan juga kepada orang-orang yang berhimpun dalam majlis zikir (majlis menyebut dan mengingati Allah), sebagaimana yang tersebut dalam hadis Muslim.
Hadis Muslim ini, menurut pendapat Al-Saghani dalam syarh "Masyariq al-Anwar" adalah menjadi dalil tentang kelebihan tiap-tiap kumpulan yang berhimpun kerana Allah membaca Al-Qur'an, mendengar hadis Rasulullah s.a.w. atau mempelajari ilmu agama.
Kelebihan berhimpun untuk "Zikir Allah" itu diterangkan pula dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim yang ringkasan maksudnya seperti berikut:
Bahawa Allah Taala mempunyai Malaikat yang sentiasa berjalan di merata-rata tempat mencari kumpulan yang berhimpun untuk berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid; apabila mereka berjumpa kumpulan ahli zikir itu mereka panggil memanggil sesama sendiri lalu mengerumuni kumpulan itu serta menaunginya dengan sayap mereka berlapis-lapis hingga ke langit dunia. Setelah mereka mengadap Tuhan dan menjawab beberapa pertanyaan, maka Tuhan menyatakan kepada mereka dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu menjadi saksi bahawa Aku telah mengampunkan dosa mereka sekaliannya." Mendengarkan firman Allah itu, salah satu di antara Malaikat yang tersebut berkata: "(Ya Tuhan Kami!) dalam kalangan ahli zikir itu ada seorang yang hanya datang kerana satu hajat yang lain, lalu duduk dengan mereka." Allah Taala menjawab: "Kumpulan itu ialah orang-orang yang sempurna kebaikannya, dengan kesempurnaan mereka tidak akan hampa orang yang duduk bersama-sama mereka".

(4) Amalan seseorang jualah yang menentukan maju mundurnya:
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa seseorang yang ingin membela nasibnya wajiblah ia belajar dan berusaha serta beramal; tidak harus ia bergantung kepada keadaan nasab keturunannya, kerana Tuhan telah berfirman yang maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap seorang, beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan apa yang mereka telah kerjakan"; demikian juga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengingatkan kaum kerabatnya bahkan buah hatinya yang dikasihi, Sayidatina Fatimah, r.a., supaya masing-masing menebus diri dari azab seksa, dengan amal taat yang sempurna, kerana Baginda tidak berkuasa menolak sesuatu pun dari azab seksa Tuhan itu.
Sayugia direnung dan diteliti isi hadis ini, kalau Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan tidak sanggup mengelakkan azab seksa dari anaknya Sayidatina Fatimah r.a., kalau ditakdirkan cuainya dari beramal, pada hal Rasulullah s.a.w. ialah Rasulullah dan Sayidatina Fatimah ialah anaknya yang dikasihi, maka betapalah pula orang yang cuai menjalankan perintah beramal dengan mengharapkan kelebihan nasab keturunannya atau kebangsawanannya dan betapa pula halnya orang yang tergamak menyanggup memberi pertolongan, pada "hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain dan segala perkara pada hari itu tertentu bagi Allah! "



Tuesday, April 10, 2012

Balasan dan Azab bagi mereka yang melakukan kemungkaran...


Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t
Salam sayang buat sidang pembaca blog sekalian. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan izin dan restunya dapatlah saya untuk menulis secebis tazkirah ringkas yang insya_Allah akan menjadi peringatan dan pengajaran buat kita semua.
Sidang pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian,
Dalam surah an-Nisa ayat 56, Allah telah menceritakan tentang azab dan balasan yang diberikan kepada mereka yang membuat kemungkaran di dunia.
  
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat kami kelak akan kami masukkan ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, lalu kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan(ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sahabatku yang dimuliakan oleh Allah sekalian,
Itulah ancaman Allah buat orang-orang yang berbuat dosa di dunia. Mereka akan diseksa di neraka dan seksaan di neraka itu amat menyakitkan, tiada sebarang pengampunan dan tiada siapa yang boleh membantu mereka. Manusia yang membuat dosa akan dibakar di dalam api neraka sehingga kulit mereka hangus, lalu digantikan pula dengan kulit yang baru dan begitulah seterusnya mereka akan diazab. Yang kedengaran hanyalah teriakan “ALLAH…ALLAH…ALLAHUAKHBAR…YA ALLAH AMPUNILAH AKU YA ALLAH” tetapi semua itu sudah terlambat.
Manusia yang tidak pernah solah semasa hidup di dunia, maka mereka akan dibakar di dalam api neraka yang mendidih dan bergelojak sehingga tubuh mereka benar-benar hancur, lalu digantikan pula dengan tubuh yang baru..untuk apa??? Untuk mereka terus diseksa diatas dosa yang telah mereka lakukan..Masya_Allah!! Astaghfirullahalazim..
Sidang Muslimin dan Muslimat sekalian,
Ketika manusia diseksa di dalam neraka tiada apa yang dapat mereka lakukan selain menangis dan berteriak kerana seksaan yang amat pedih dan menyakitkan diberikan oleh Allah atas kemungkaran dan dosa mereka semasa berada di dunia.
Penghuni neraka dengan mudahnya tubuh mereka dihancurka dan  lidah mereka digunting serta dipotong.Masya_Allah!! Seksanya azab di neraka.
Sahabat-sahabatku cuba kita sama-sama bayangkan, semasa hidup di dunia apabila tangan kita terkena api atau air mendidih sungguh pedih kan??? Apa lagi kalau di neraka. Sesungguhnya kalau dikumpulkan segala kesakitan di dunia ini, masih tidak dapat menandingi kesakitan akibat azab paling ringan di neraka iaitu memakai teropah neraka.
Oleh itu marilah sama-sama kita menghindari segala kemungkaran dan memperbaiki segala amal kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak suka akan amalan yang banyak pada satu-satu masa tetapi tidak kekal bahkan Allah sangat menyukai amalan yang sedikit tetapi secara berterusan.

”ISTIQAMAHLAH DALAM SETIAP IBADATMU NESCAYA KAMU AKAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT REDHA ALLAH S.W.T”




Sumber: Nadia (PIDACIL musim 4), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-quran, Warden Asrama Al-Madrasatul Merchang (ASSALAM).